Senin, 27 Februari 2012

TINJAUAN ETIK MENURUT AGAMA ISLAM

"Terimakasih kpd bapak Aa Ahmad Suhendar, S.Kp., M.Kep. untuk semua ilmu, nasehat yg sudah diberikan ^_^" BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Perkataan etika berasal dari perkataan Inggris ethics. Ethics pula berasal dari perkataan Greek ethos bermaksud watak atau budaya. Ia merujuk kepada sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika adalah sains menilai dan memahami proses penilaian. Ia berkaitan dengan perlakuan mentafsirkan sesuatu perbuatan tersebut baik ataupun sebaliknya. Dua perkara asas yang menjadi tumpuan dalam etik ialah akhlak individu seperti takrifan individu yang badan peraturan-peraturan sosial seperti peraturan mengenai benar atau salah (moraliti) yang menglihatkan tingkah laku individu (Mohamad Mohsin Hamdzun 2002). Sidi Gazalba dalam buku beliau Sistematika Filsafat merumuskan bahawa etika ialah teori mengenai laku-perbuatan manusia dipandang dari segi baik dan buruk dan sejauh mana pula dapat ditentukan oleh akal. Menurut Abdul Fatah Hassan (2001), etika menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Etika melihat secara universal perbuatan manusia. Etika juga merujuk kepada falsafah tingkah laku manusia yang dilihat dari aspek lahiriah dan batiniah. Ini tidak serupa dengan moral yang merupakan ajaran, kumpulan peraturan dan ketetapan, lisan atau bertulis mengenai bagaimana manusia perlu bertindak supaya menjadi manusia yang baik. Etika merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Fungsi etika menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas untuk menentukan apakah tingkah laku yang betul, apakah yang salah, apakah tingkah laku yang bertanggung jawab dan apakah yang tidak. Segala tindakan ahli organisasi perlu diikat dan dipandu dengan suatu set etika yang sempurna dalam kerangka sistem pengurusan Islam yang cukup komprehensif. Apabila wujud keselasian antara sistem, amalan organisasi dan perilaku individu dalam organisasi tersebut untuk mencapai apa yang dituntut oleh syarak, maka usaha-usaha ke arah merealisasikan menjadi lebih mudah. B. Tujuan Tujuan dari pembuatan makalah ini adalah sebagai berikut : a. Memenuhi salah satu tugas mata kuliah etika dan hukum keperawatan. b. Menambah pengetahuan dan wawasan tentang Tinjauan etik menurut agama islam dari materi yang dicari diluar bangku kuliah. BAB II PEMBAHASAN A. Konsep Etik Berasal daripada perkataan Greek iaitu 'ethos', Kamus Oxford mendefmisikan etika sebagai sekumpulan/set prinsip-prinsip moral yang mempengaruhi kelakuan. Menurut Kamus Dewan, etika merujuk kepada prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu ataupun sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain). Sesetengah pihak pula melihat etika sebagai undang-undang/peraturan, suatu kepercayaan keagamaan, kata hati individu, adat kebiasaan yang diterima umum, amalan yang bertepatan dengan kepentingan diri3 ataupun teori falsafah tentang kerasionalan sesuatu tingkahlaku moral. Walauapapun takrifan yang diberi, semua pihak mengakui etika sebagai suatu teori umum, set nilai, standard moral, peraturan dan prinsip berhubung kelakuan individu dalam sesuatu kelompok sosial yang membolehkan mereka menentukan sarana ada perkara yang dipercayai dan dipegang oleh sesebuah masyarakat itu sebagai sesuatu yang benar, patut diterima sebagai baik dan betul ; ataupun salah, patut ditolak sebagai tidak baik dan tidak betul. Pembentukan sesuatu etika perlu memperkirakan norma masyarakat dan nilai individu itu sendiri. Keperluan seseorang kepada etika didorong oleh nilai yang datang lebih awal yang berkeyakinan tentang betapa pentingnya batasan penentuan antara baik dan buruk. Pembentukan etika yang selari dengan norma masyarakat setempat juga memudahkan urusan pelaksanaannya secara lebih berkesan. Dengan demikian, suatu corak dan garis panduan tentang bagaimana manusia perlu berkelakuan dan berinteraksi sesama mereka dapat ditentukan dan diterimapakai oleh seluruh warga masyarakat. Akhlak merupakan istilah yang paling tepat untuk digunakan dalam membincangkan peribal etika dalam Islam. Ini kerana di dalarnnya terkandung nilai-nilai Islam yang amat sesuai untuk diadaptasi ke dalam etika pengurusan dan diaplikasikan dalam organisasi. Dari segi bahasa, akhlak merujuk kepada budi pekerti, sifat, kelakuan, perangai, watak dan tabiat manusia.8 Dari segi istilah pula, akhlak (ethics of the soul) merujuk kepada sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, di mana perbuatan akan lahir daripadanya dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Falsafah tauhid yang menunjangi konsep akhlak memberi ukuran universal berhubung sistem nilai yang harus diikuti oleh umat manusia dalam hubungan mereka dengan Allah (~abi min Allilh), hubungan sesarna manusia (~abi min ai-nils) dan juga hubungan dengan alarn sekeliling.1 Berdasarkan ketiga-tiga hubungan ini, nilai-nilai ketuhanan dan kemanusiaan yang bersifat intrinsik (dalarnan) mahupun ekstrinsik (luaran) seperti beriman, takwa, ihsan, berilmu, adil dan arnanah yang terkandung dalam akhlak Islam akan mendasari sesuatu etika bagi menjalani kehidupan seharian dengan lebih bermakna. B. Etika Pengurusan Islam Memandang etika mempunyai kedudukan dan fungsi yang istimewa dalam pengurusan organisasi, maka ia turut dititikberatkan dalam pengurusan Islam. Islam melihat etika pengurusan sebagai set nilai-nilai Islam yang diformulasikan dalam suatu kode khusus sebagai garis panduan kepada setiap ahli organisasi dalam memutuskan sesuatu tindakan dan kelakuan itu bermoral, diterima oleh organisasi, disenangi oleh masyarakat dan yang lebih penting adalah ianya tidak melanggar ketentuan syarak.26 Nilai-nilai yang terkandung di dalamnya perlulah sentiasa mengingatkan diri pekerja akan tanggungjawab mereka terhadap Allah SWT, menepati semangat tauhid dan sifat semula jadi manusia Dengan demikian, segala bentuk permasalahan yang timbul dapat ditangani dengan suatu pendekatan yang lebih baik, holistik dan efektif ke arah pencapaian matlamat hakiki. Kod etika yang berkesan juga haruslah mengambil pendekatan yang seimbang, tidak terlalu terikat dan sempit skopnya. Ia memberi ruang kepada penggunaan hikmah dan kebijaksanaan individu dengan dibatasi oleh iman di dalam diri. Untuk itu, etika dalam Islam didasari oleh dua sumber utama iaitu dalil naqli dan dalil 'aqli. (i) Dalil Naqli Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada 'Uli al-Amr' (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Qur'an) dan (Sunnah) RasulNya; jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. "28 Bertepatan dengan penurunan al-Qur'an yang tidak terbatas kepacta sesetengah kelompok manusia, tempat dan jangka masa tertentu, maka al-Qur'an memainkan peranan yang cukup signifikan. Selain daripada memberi peringatan, nasihat dan penjelasan kepada umat manusia, al-Qur'an turut merupakan sumber yang berautoriti dalam menentukan buruk-baik sesuatu perkara29 serta berperanan sebagai petunjuk dalam membezakan antara yang betul dan yang salah. Di samping itu, segala perbuatan, percakapan dan apa sahaja yang terbit daripada Rasulullah saw merupakan surnber rujukan kedua bagi manusia. Ini kerana segala sesuatu yang dilakukan oleh Rasulullah s.'a.w adalah berdasarkan wahyu Allah, bukan menurut kemahuan nafsu Baginda.30 Ayat-ayat al-Qur'an dan hadith-hadith berhubung akhIak dalam Islam disentuh dengan berbagai cara dan pendekatan untuk dijadikan sebagai garis panduan kepada umat manusia bagi mendepani segal a permasalahan yang timbul dari segenap aspek kehidupan. Ada di antara nilai-nilai yang dituntut untuk dipraktikkan dalam etika Islam dinyatakan dalam bentuk suruhan/galakan31serta ganjaran/faedah yang akan diperolehi daripadanya, dan ada pula yang berbentuk larangan/tegahan32 agar menjauhi sesuatu nilai/perbuatan yang mendatangkan impak negatif kepada diri sendiri, masyarakat mahupun alam sekitar. (ii) Dalil 'Aqli Meskipun Islam menganggap wahyu sebagai sumber yang paling berautoriti, namun peranan akal, naluri dan pengalaman manusia turut diakui sebagai pembantu kepada wahyu.33 Menyedari akan kepentingan akal kepada manusia, maka ia diiktiraf sebagai salah satu sumber akhlak kerana fitrah semulajadi akal ialah memandu kepada kebenaran serta kebaikan.34 Banyak sekali ayat al-Qur'an menerangkan perihal kedudukan akal serta kelebihan mempergunakan akal dan sentiasa berfikir.35 Begitu juga dengan naluri dan pengalaman individu yang mampu menjadi panduan dan pedoman dalam menentukan sesuatu itu baik ataupun tidak. Dan demikian, nilai-nilai yang lahir daripada penaakulan akal, pertimbangan naluri dan penilaian pengalaman adalah bersifat semen tara dan relatif yaitu sering berubah-ubah mengikut kesesuaian dan keperJuan semasa lantaran keupayaan manusia yang terhad. Justeru, Islam melihat peranan akal, bisikan kalbu (naluri) serta pengalaman silam dalam skop yang terhad di mana ketiga-tiganya hanya boleh diterimapakai seadanya setelah dipastikan keselariannya dengan sumber-sumber yang lebih berautoriti.36 Kedua sumber di atas sewajarnya diambilkira da!am memformulasikan suatu set etika pengurusan Islam. Sumber ketuhanan (naqli) yang bersifat mutlak akan menghasilkan nilai-nilai universal, tetap, pasti dan sempurna. Manakala sumber kemanusiaan ('aqli) yang bersifat terbatas pula akan menghasilkan nilai-nilai relatif mengikut peredaran masa. Asimilasi antara nilai-nilai universal dan nilai-nilai relatif ini seterusnya akan mewujudkan suatu kesepaduan dan kejituan dalam menilai qan menentukan sarna ada sesuatu perkara itu betul atau salah dalam arti kata yang sebenar - bersesuaian dengan realiti semasa, memenuhi keperluan sejagat dan bertepatan dengan syariat Islam. Rentetan daripada pengaplikasian sumber-sumber di atas, beberapa prinsip perlu dijadikan tonggak/asas dalam pembentukan dan pembudayaan kod etika pengurus an sesebuah organisasi. Diantaranya: (a) Keimanan37 Iman merupakan teras kepada semua bentuk amalan dalam Islam.38 Roh iman, Islam dan ihsan yang dihayati sepenuhnya akan terserlah melalui ibadat seharian, aktiviti rutin dan akhlak manusia itu sendiri. Dengan demikian, umat Islam akan sentiasa tunduk patuh dalam melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya. Ini telah digambarkan dalam ayat berikut: "Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benamya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah ... "39 Dalam konteks etika pengurusan, prinsip keimanan perlu mendasari segala yang ingin dilakukan. Bermula daripada membina konsep, pandangan, sikap, gaya berfikir sehinggalah penentuan bentuk tindakan dalam organisasi. Mereka yang beriman akan melaksanakan segala bentuk amanah yang telah dipertangung-jawabkan kepadanya dengan ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah dan terus berazam untuk melakukan yang terbaik lantaran menyedari pengawasan Allah adalah lebih tajam daripada pengawasan manusia. Rasa keimanan sebegini di kalangan pekerja akan meninggalkan impak positif ke arah melahirkan generasi dan organisasi yang bermoral. (b) Keadilan Pelaksanaan keadilan dalam Islam adalah suatu kewajipan.40 Prinsip ini amat sesuai diadaptasi dalam pembentukan etika pengurusan organisasi. Ini kerana keadilan dalam Islam tidak hanya membawa maksud keseimbangan, kesaksamaan dan pemberian hak kepada mereka yang berhak, bahkan yang lebih utama ia mendorong individu untuk melakukan dan meletakkan sesuatu pada tempatnya berpandukan ketentuan syarak.41 Kode etika yang adil akan mengambilkira kepentingan semua pihak terbabit, menyeimbangkan antara keperluan organisasi dan tuntutan masyarakat, memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek setiap ahli organisasi secara saksama. Pengaplikasian prinsip keadilan dalam pengurusan menjamin segala yang dirancang berjalan lancar sebagaimana yang dikehendaki, tidak keterlaluan dan tanpa menyinggung mana-mana pihak. Para pekerja bersikap adil dalam penggunaan sumber, pembahagian masa dan perhubungan sesama rakan sekerja. Manakala pengurus pula bersikap adil dalam memilih pekerja, membahagikan bebanan tugas, menentukan kadar gaji/upah, mengenakan hukuman, menetapkan corak hubungan dalam organisasi dan sebagainya. Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil .. "42 (c) Kebahagiaan Sejagat Kesinambungan daripada prinsip keadilan tadi, etika yang ingin dibentuk juga mestilah memberi faedah dan kebaikan kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Oleh itu, prinsip kebahagiaan sejagat perlu diambilkira. Selain daripada berfaedah kepada diri sendiri, segala aktivitifitas pengurusan yang dilakukan juga perlu dipastikan memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya tanpa mengira latar budaya, tiada konflik antara kepentingan diri dan masyarakat dan juga perlu bersifat 'mesra alam' . Di samping itu, Islam menuntut agar segal a usaha yang dicurahkan tidak hanya bagi memenuhi tuntutan keduniaan semata-mata, bahkan ia turut membawa natijah yang baik untuk bekalan akhirat kelak.43 Dengan dernikian, matlamat kebahagiaan sejagat sebagaimana yang diketengahkan oleh Islam yang lebih menyeluruh sifatnya dapat disebarluaskan. Allah SWT telah berfirman: "Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugi/ah ia), kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat ... "44 Penghayatan terhadap ketiga-tiga prinsip etika di atas akan membawa kepada penghasilan beberapa komponen nilai dalam membentuk etika pengurusan sesebuah organisasi. Dengan mengambilkira nilai-nilai yang bersifat ketuhanan dan juga kemanusiaan, empat komponen nilai utama didapati cukup signifikan dalam etika pengurusan Islam.45 Nilai-nilai berhubung keagamaan, profesionalisme, kualiti dan pribadi merupakan komponen terpenting yang perlu diberi penekanan khusus. Nilai keagamaan merupakan tunjang kepada nilai-nilai yang lain. Ia menjadi asas pegangan setiap ahli organisasi dalam menentukan sesuatu perlakuan itu sama ada betul atau salah, baik atau buruk dari segi syarak. Di dalamnya terkandung nilai-nilai seperti takwa, syukur, muhasabah, ihsan, tawakal, adil dan amar makruf nahi munkar yang dapat mencegah diri mereka daripada perlakuan yang bertentangan dengan syarak. Kesedaran dan motivasi yang wujud dari dalam diri ini seterusnya akan membawa kepada peningkatan kualiti kerja. Nilai profesionalisme46 pula menggabungkan dua nilai utama iaitu berilmu dan berkemahiran. Seorang profesional bukan sahaja perlu memiliki ilmu pengetahuan tetapi juga sewajamya marnpu menguasai kemahiran berkaitan sarna ada berbentuk kemahiran kemanusiaan mahupun kemahiran teknikal. Di sarnping itu, nilai-nilai yang menyumbang ke arah peningkatan tahap profesionalisme turut dipedukan seperti amanah dalam penggunaan mas a dan sumber organisasi, jujur, menepati janji, menyimpan rahsia dan arnalan syura. Nilai kualiti pula lebih menitikberatkan nilai produktiviti dan kualiti itu sendiri. Kecekapan, itqim, istiqarnah, ihsan, kolektif, kreatif dan inovatif merupakan nilai-nilai yang menyokong usaha peningkatan produktiviti dan penarnbahbaikan kualiti secara menyeluruh yang lazimnya diukur melalui daya kreativiti dan tahap inovasi organisasi. Nilai pribadi turut rnemberi pengaruh besar dalarn organisasi kerana pekerja sentiasa menjalinkan hubungan inter-personal dalarn menyempurnakan kerja-kerja harlan rnereka sarna ada secara formal ataupun tidak. Budaya salarn merupakan salah satu rnekanisrne ke arah rnewujudkan ukhuwwah Isliimiyyah di samping perwatakan sederhana, berbudi mulia, sabar, toleransi, berbaik sangka, rendah diri dan akauntabiliti yang rnarnpu menjadi contoh teladan kepada orang lain. C. Etika Dalam Pandangan Islam Kalau kita sepakati bahwa etika ialah suatu kajian kritis rasional mengenai yang baik dan yang buruk, bagaimana halnya dengan teori etika dalam Islam. Sedangkan telah disebutkan di muka, kita menemukan dua faham, yaitu faham rasionalisme yang diwakili oleh Mu’tazilah dan faham tradisionalisme yang diwakili oleh Asy’ariyah. Munculnya perbedaan itu memang sulit diingkari baik karena pengaruh Filsafat Yunani ke dalam dunia Islam maupun karena narasi ayat-ayat al-Qur’an sendiri yang mendorong lahirnya perbedaan penafsiran. Di dalam al-Qur’an pesan etis selalu saja terselubungi oleh isyarat-isyarat yang menuntut penafsiran dan perenungan oleh manusia. Etika Islam memiliki antisipasi jauh ke depan dengan dua cirri utama. Pertama, etika Islam tidak menentang fithrah manusia. Kedua, etika Islam amat rasionalistik. Sekedar sebagai perbandingan baiklah akan saya kutipkan pendapat Alex Inkeles mengenai sikap-sikap modern. Setelah melakukan kajian terhadap berbagai teori dan definisi mengenai modernisasi, Inkeles membuat rangkuman mengenai sikap-sikap modern sabagai berikut, yaitu: kegandrungan menerima gagasan-gagasan baru dan mencoba metode-metode baru; kesediaan buat menyatakan pendapat; kepekaan pada waktu dan lebih mementingkan waktu kini dan mendatang ketimbang waktu yang telah lampau; rasa ketepatan waktu yang lebih baik; keprihatinan yang lebih besar untuk merencanakan organisasi dan efisiensi; kecenderungan memandang dunia sebagai suatu yang bisa dihitung; menghargai kekuatan ilmu dan teknologi; dan keyakinan pada keadilan yang bias diratakan. Rasanya tidak perlu lagi dikemukakan di sini bahwa apa yang dikemukakan Inkeles dan diklaim sebagai sikap modern itu memang sejalan dengan etika al-Qur'an. Dalam diskusi tentang hubungan antara etika dan moral, problem yang seringkali muncul ialah bagaimana melihat peristiwa moral yang bersifat partikular dan individual dalam perspektif teori etika yang bersifat rasional dan universal. Islam yang mempunyai klaim universal ketika dihayati dan direalisasikan cenderung menjadi peristiwa partikular dan individual. Pendeknya, tindakan moral adalah tindakan konkrit yang bersifat pribadi dan subyektif. Tindakan moral ini akan menjadi pelik ketika dalam waktu dan subyek yang sama terjadi konflik nilai. Misalnya saja, nilai solidaritas kadangkala berbenturan dengan nilai keadilan dan kejujuran. Di sinilah letaknya kebebasan, kesadaran moral serta rasionalitas menjadi amat penting. Yakni bagaimana mempertanggungjawabkan suatu tindakan subyektif dalam kerangka nilai-nilai etika obyektif, tindakan mikro dalam kerangka etika makro, tindakan lahiriah dalam acuan sikap batin. Dalam persfektif psikologi, manusia terdiri dari tiga unsur penting yaitu, Id, Ego, dan Superego, sedangkan dalam pandangan Islam ketiganya sering dipadankan dengan nafs amarah, nafs lawwamah, dan nafs mutmaninah. Ketiganya merupakan unsur hidup yang ada dalam manusia yang akn tumbuh berkembang seiring perjalanan dan pengalaman hidup manusia. Maka untuk menjaga agar ketiganya berjalan dengan baik, diperlukan edukasi yang diberikan orang tua kepada anaknya dalam bentuk pemberian muatan etika yang menjadi ujung tombak dari ketiga unsur di atas. Diantara pemberiaan edukasi etika kepada anak diarahkan kepada beberapa hal di bawah ini: 1. Pembiasaan kepada hal-hal yang baik dengan contoh dan perilaku orang tua dan tidak banyak menggunakan bahasa verbal dalam mecari kebenaran dan sudah barang tentu sangat tergantung pada sisi historisitas seseorang dalam hidup dan kehidupan. 2. Bila anak sudah mampu memahami dengan suatu kebiasaan, maka dapat diberikan arahan lanjut dengan memberikan penjelasan apa dan mengapa dan yang berkaitan dengan hokum kausalitas (sebab akibat) Pada masa dewasa, anak juga tidak dilepas begtu saja, peran orang tua sebagai pengingat dan pengarah tidak harus putus, tanpa harus ada kesan otoriter, bahkan mengajak anak untuk diskusi tentang pemahaman keberagamaan. 3. Pada masa dewasa, anak juga tidak dilepas begtu saja, peran orang tua sebagai pengingat dan pengarah tidak harus putus, tanpa harus ada kesan otoriter, bahkan mengajak anak untuk diskusi tentang pemahaman keberagamaan.Pembiasaan kepada hal-hal yang baik dengan contoh dan perilaku orang tua dan tidak banyak menggunakan bahasa verbal dalam menyampaikan baik dan buruk sesuatu, manfaat dan mudharatnya, sesat dan tidaknya. BAB III PENUTUP A. Kesimpulan Kesimpulan pada makalah ini dapat dijelaskan sebagai berikut : Etika dalam islam adalah sebagai perangkat nilai yang tidak terhingga dan agung yang bukan saja beriskan sikap, prilaku secara normative, yaitu dalam bentuk hubungan manusia dengan tuhan (iman), melainkan wujud dari hubungan manusia terhadap Tuhan, Manusia dan alam semesta dari sudut pangan historisitas. Etika sebagai fitrah akan sangat tergantung pada pemahaman dan pengalaman keberagamaan seseorang. Maka Islam menganjurkan kepada manusia untuk menjungjung etika sebagai fitrah dengan menghadirkan kedamaian, kejujuran, dan keadilan. Etika dalam islam akan melahirkan konsep ihsan, yaitu cara pandang dan perilaku manusia dalam hubungan social hanya dan untuk mengabdi pada Tuhan, buka ada pamrih di dalamnya. Di sinilah pean orang tua dalam memberikan muatan moral kepada anak agar mampu memahami hidup dan menyikapinya dengan bijak dan damai sbagaimana Islam lahir ke bumi membawa kedamaian untuk semesta (rahmatan lilalamain). B. Saran Saran yang dapat penulis sampaikan adalah sebagai berikut : 1. Tinjauan etik menurut agama islam harus dipelajari untuk lebih memaksimalkan dalam pemahaman ilmu keperawatan. 2. Pihak akademik perlu menyelenggarakan seminar tentang Tinjauan etik menurut agama islam. 3. Akademik hendaknya menyediakan buku-buku yang berhubungan dengan Tinjauan etik menurut agama islam, umumnya materi-materi yang berkaitan dengan etika dan hukum keperawatan. DAFTAR PUSTAKA Daripada asal perkataan ethos tersebut lahirlah ethique (Perancis Lama), ethice (Latin), ethike (Greek) dan juga ethic (lnggeris). Sila rujuk Judy Pearsall (ed)(1999), The Concise Oxford Dictionary, edisi to. Oxford University Press, hh. 489-490. Kamus Dewan (2000), edisi 3, eet. 5. KL: DBP, hal. 345. International Encyclopedia of Social Sciences (1968), vol. 5. The MacMillan Co. & The Free Press, hal. 157. Kamus Dewan (2000), op.cit, hal . 21. Abu Hiimid Muhammad b. Muhammad al-Ghazall (1990), Ihyii' Ulum aI-Din, juzu' 3. Drunsyi.k:: Dfu. al-Khayr, hal.•68 dan Ibn Miskawayh (1961), Tahdhib al-Akhliiq. Beirut: Dar Maktabab al-~ay3h, hal. 36. Ahmad Mudlor, Etika Dalam Islam, (Surabaya : Al-Ikhlas), hal. 155.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar